MOTO PPKIBP SMK ARAU, PERLIS

MENU

Wednesday, June 2, 2010

PENYEDIAAN KEK SPONGE



SENARAI NAMA MURID MPVK KEK & PASTRI




LAPORAN BERGAMBAR


Sebelum memulakan operasi membuat kek biasanya Cikgu Hayati akan memberikan sedikit taklimat ringkas kepada murid tentang program yang akan dijalankan pada hari itu.


Cikgu Hayati (kanan) sangat peka kepada kebersihan ruang kerja....murid yang masuk ke dapur diwajibkan memakai topi dan juga apron.


Proses 'topping' dilakukan oleh murid-murid ini sendiri terhadap kek-kek yang ditempah.


Sementara di luar, murid-murid dari aliran perdana sedang menunggu kek-kek tempahan masing-masing.


Begitu cermat sekali mereka menyediakan topping kek...


Lihat sajalah kek-kek yang telah ada pemiliknya...di datangkan dengan pelbagai saiz.


Inilah kek yang paling besar ditempah oleh murid-murid tingkatan 3 pada hari itu yang meraikan sambutan Hari Guru bersama-sama guru mereka.


Inilah rupanya kek yang ditempah oleh pelanggan...cantikkan?...





Monday, May 31, 2010

ROTI GULUNG SOSEJ

LAPORAN BERGAMBAR


Inilah rupanya doh yang telah siap dibancuh oleh murid-murid selepas di biarkan rehat selama 1 jam...cantik dan gebu.



Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan roti gulung sosej hanya tepung, yis, garam, gula dan tepung susu bagi menghasilkan doh....manakala bahan sampingannya hanyalah sosej dan sos cili.


"Pintal doh ni sampai dia menjadi panjang, macam cikgu buat ni", kata Cikgu Sarina.


Masing-masing tekun menghasilkan gulungan roti sosej.


"Pandai pun anak murid cikgu", kata Cikgu Sarina memuji.


Amirul dok belek apa tu?...lain macam jer gaya tenungannya.


Inilah rupanya roti gulung sosej yang dihasilkan oleh murid sebelum digoreng.


Murid menggoreng bahagian masing-masing sambil dipantau oleh guru.


Dah siap pun...lihatlah bermacam-macam rupa roti gulung sosej yang dihasilkan oleh murid...hehehe


"Inilah hasil air tangan kelas kami..cikgu nak rasa?", pelawa Tarmizi.





PASTRI KARIPAP

LAPORAN BERGAMBAR


SENARAI NAMA MURID MPV MASAKAN




AKTIVITI SEPANJANG TAHUN


Murid diajar cara-cara penyediaan inti karipap sardin secara praktikal.


Cikgu Ropizah mengajar murid menimbang tepung dan marjerin untuk dibuat doh karipap yang betul.


Murid-murid lain juga tidak berkecuali untuk melakukan aktiviti secara praktikal.


Selesai saja menimbang, murid-murid dikehendaki untuk menguli doh sehingga menjadi pastri karipap.


Masa untuk menguli...semua murid merasai p&p secara pengalamian.


"Bukan macam tu", cikgu Ropizah mengajar murid mencanai dengan betul.



"Tekan kuat sikit Husna", cikgu Maisarah menegur murid yang agak hipoaktif.


Proses membuat inti karipap...sambil dibantu oleh Kak Ta (PPM).


" Tekan kuat sikit", ajar Kak Su (PPM) kepada Shafiqah.


Tibalah masa untuk menggoreng...Husna dibantu oleh Cikgu Maisarah cara menggoreng dengan betul.


Inilah hasil air tangan murid sebelum digoreng.


Dah boleh dimakan....inilah rupanya Pastri Karipap selepas digoreng.